Empat lelaki ditahan seleweng minyak diesel - Utusan Malaysia

Empat lelaki ditahan seleweng minyak diesel

LORI yang telah diubah suai dikesan dalam operasi penyelewengan minyak diesel bersubsidi di kawasan Chuah dan Lukut semalam. -UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi berjumlah RM24,510 ditahan polis dalam dua serbuan di kawasan Chuah dan Lukut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson,Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, serbuan pada pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bersama Balai Polis Lukut.

“Jumlah keseluruhan minyak diesel yang dirampas dianggarkan lebih kurang 11,400 liter yang berjumlah RM24,510 mengikut harga pasaran semasa.

“Semasa pemeriksaan, empat suspek lelaki berusia 18 hingga 53 tahun itu gagal mengemukakan sebarang permit pemborong atau peruncit mahu pun surat kebenaran bertulis menyimpan diesel yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi Sham, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan mengubah suai pelbagai jenis lori dan meletakkan tangki di bahagian muatan.

“Suspek akan membeli diesel di stesen minyak dan mengisi menggunakan satu saluran kecil di bahagian bawah lori.

“Apabila semua tangki minyak diesel penuh, suspek kemudian akan membawa ke stor simpanan untuk dikumpulkan sebelum dijual ke pasaran bagi mendapatkan keuntungan yang lebih,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya