PKR akan bertanding guna logo PH pada PRU15 

PKR akan bertanding guna logo PH pada PRU15 

pkr
Kempen PRN di enam negeri pembangkang dan kerajaan tidak wajar guna modal agama dan perkauman. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Bagi mengelakkan sentimen masyarakat terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan ‘berpecah’, PKR kali ini bersetuju menggunakan logo PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mengambil kira perkembangan dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, pihaknya kali ini bersetuju menggunakan strategi sedikit berbeza dengan tidak mempertaruhkan logo PKR. 

“Orang kata kita berpecah, sebab itu kita guna logo PKR, kalau ikut sentimen, PKR kehendaknya guna logo Keadilan, tetapi kalau lihat perkembangan di Johor, seolah-olah berpecah dan dikritik, Anwar Pengerusi PH  tetapi mereka pecah. 

“Jadi, lebih baiklah kita bersetuju satu logo dan semalam kita setuju juga logo itu diubah suai tidak melambangkan cerita lama,” katanya ketika ditemui media selepas program Pathway to a better future for Malaysia, di Subang, hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, secara prinsip, PH bersetuju menggunakan satu logo pada PRU15. 

Namun, katanya, PKR ada mencadangkan dilakukan sedikit perubahan kepada rekaan logo PH.

Mengulas lanjut, Anwar turut berkata, bagaimanapun, PH bersepakat untuk tidak masuk campur pada keputusan yang dibuat PH Sabah dan Sarawak berhubung penggunaan logo. 

“Sabah  Sarawak ini, kita serah pada dia, putuskan nak pilih Harapan boleh, mana-mana boleh. itu pendirian parti-parti kita PKR, DAP, kita menghormati keputusan pimpinan Sabah Sarawak,” katanya. 

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kepada akar umbi supaya tidak mengambil mudah atas apa yang berlaku terhadap UMNO, kini dilihat sedikit ‘tempang’ apabila Datuk Seri Najib Razak dipenjara. 

“Kita harus bina kekuatan PH itu sendiri. Semalam, kita ada mesyuarat panjang PH dan memikirkan hala tuju, mengakui kekuatan kita dan beberapa kelemahan kita, termasuk memerintah 22 bulan sebab yang mengetuai itu tidak mewakili pandangan reformasi. Jadi beberapa keputusan itu melanggar semangat reformasi yang kita nak bawa. Kita kena akui kepada rakyat ini telah berlaku, tetapi ini tidak boleh menyimpang pada fokus kita selepas ini.

“Orang berasa sinis dengan politik, tetapi kita harus yakinkan mereka tolak orang rasuah tak kira dari parti mana, selamatkan negara dan selamatkan rakyat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN