Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baharu - Nooryana -

Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baharu – Nooryana

NOORYANA NAJWA NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual terdahulu.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat walaupun selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. 

Katanya lagi, semalam wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu – berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN), UMNO dan rakyat. 

Menurut Nooryana Najwa, dia sekeluarga akan berada di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi bertemu bapanya yang terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya