Covid-19: Kes positif bawah 3,000, 6 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif bawah 3,000, 6 kematian

Malaysia mencatatkan 17 kes kematian berbanding jumlah kelmarin, 10 kes. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,798 kes berbanding kelmarin, 3,490  kes sekali gus diatasi 4,669 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 836 kes diikuti Kuala Lumpur (570), Sabah (262), Perak (222), Negeri Sembilan (161), Melaka (129) dan Pinang Pinang (111). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Putrajaya (94), Sarawak (90), Kedah (86), Johor (78), Pahang (74), Kelantan (37),  Terengganu (34), Perlis (9) dan Labuan, lima kes. 

Pesakit Covid-19 yang dimasukan ke hospital  seramai 432 orang berbanding kelmarin, 445 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 65 kes berbanding jumlah kelmarin, 75 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.