Conteng meja punca dua pelajar perempuan gaduh - Utusan Malaysia

Conteng meja punca dua pelajar perempuan gaduh

TANGKAP layar rakaman menunjukkan dua pelajar perempuan bergaduh di sebuah stadium di Kluang yang tular sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hanya kerana menconteng meja rakan sekelas, dua pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini sanggup bergaduh sehinggakan rakaman tersebut tular dalam media sosial.

Pergaduhan itu dirakam di sebuah stadium di Taman Kluang Barat, dekat sini dan menjadi tular sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 2.15 petang.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati punca sebenar pergaduhan hanya bermotifkan rasa tidak puas hati di antara dua pelajar tersebut semasa di dalam kelas selepas salah seorang menconteng meja rakannya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya