Bunga nanas jadi kegilaan baharu ganti pokok keladi

Bunga nanas jadi kegilaan baharu ganti pokok keladi

BUNGA nanas antara tarikan terbaharu di MAHA 2022 di Serdang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Satu ketika dahulu ramai yang tergila-gilakan pokok keladi sebagai tanaman hiasan untuk mencantikkan laman rumah, namun kini permintaan tersebut beralih kepada bunga nanas atau dikenali sebagai bromeliad.

Bromeliad adalah kumpulan pokok dalam keluarga bromeliaceae yang terdiri 75 genus dan 3,590 spesies di seluruh negara.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Imran Fahmi Tajul Arifin berkata, bromeliad boleh ditemui hidup atas tanah, celahan batu atau atas pokok secara bergantung kepada perumah.

Menurutnya, bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 sebanyak 96 spe­sies daripada 11 genus dibawakan khas buat para pengunjung.

“Kombinasi dan keunikan warna bromeliad menjadi antara sebab utama tanaman ini semakin digilai ramai.

“Warna bromeliad juga memainkan peranan kerana ia membezakan antara spesies selain turut mempengaruhi harga pasaran berdasarkan trend semasa dan permintaan seperti pokok keladi sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Laman Nanas MAHA 2022 semalam.

Beliau berkata, pada MAHA 2022 bromeliad yang dijual bermula dari harga serendah RM10 sehinggalah RM450 mengikut warna dan saiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×