KUALA LUMPUR: Pengacara kontroversi, Azwan Ali, 56, memaklumkan keadaan kesihatannya merosot, sejak tiga bulan lalu akibat terkena sihir yang didakwanya dilakukan oleh individu dikenali dalam industri. Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, memilih untuk tidak menyatakan nama artis berkenaan lantaran enggan menimbulkan kenyataan berbaur fitnah. “Saya baru baik daripada terkena sihir. Ini bukan cerita rekaan. Pada awalnya, saya fikir, kesakitan pada bahagian kaki normal, selain fikiran sering bercelaru…










