3 pemuzik jalanan ditahan tanam ganja - Utusan Malaysia

3 pemuzik jalanan ditahan tanam ganja

PASU yang disyaki ditanam pokok ganja dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tiga pemuzik jalanan ditahan polis kerana disyaki menanam pokok ganja dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi ini, di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dua suspek adalah lelaki berusia 24 dan 26 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun yang kesemuanya rakyat tempatan.

“Pemeriksaan menjumpai satu beg berzip berwarna hijau yang di dalamnya mengandungi 17 paket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat sebanyak 178.14 gram(g). 

“Turut ditemukan peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat timbangan digital di atas lantai ruang tamu rumah rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shariman, pihak polis turut menemukan tiga buah pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah tersebut.

Tambahnya, kesemua suspek turut didapati positif ganja dalam ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya