21 kertas siasatan SPRM dibuka babit JPKK Pahang - Utusan Malaysia

21 kertas siasatan SPRM dibuka babit JPKK Pahang

SERAMAI 218 Penghulu dan Pengerusi JPKK Pahang melibatkan daerah Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan hadir di majlis penutup Program Anti Rasuah dan Tadbir Urus Dana Kerajaan di Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 21 kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd. Noor berkata, daripada jumlah tersebut, satu kes dituduh ke mahkamah dan masih dalam perbicaraan manakala dua lagi kes masih dalam siasatan.

Menurutnya, lima kes pula menerima surat untuk memperbaiki kelemahan dalam prosedur JPKK dan 13 kes lagi tiada tindakan lanjut.

“Ini antara data dan statistik yang perolehi hasil daripada aduan yang diterima oleh SPRM berhubung rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kalangan JPKK.

“Perkara ini dipandang serius oleh SPRM demi memastikan institusi kampung sentiasa terpelihara dan bebas daripada sebarang perlakuan jenayah rasuah khususnya yang membabitkan kepentingan masyarakat setempat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Anti Rasuah dan Tadbir Urus Dana Kerajaan dalam kalangan Pengerusi JPKK Pahang di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram yang mewakili Menteri  Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim.

Seramai 218 Penghulu dan Pengerusi JPKK Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan hadir pada program tersebut.

Program tersebut dilaksanakan bagi memberi pendidikan, pengetahuan dan kesedaran kepada kepimpinan JPKK mengenai fungsi SPRM, kesalahan rasuah serta tanggungjawab JPKK dalam menangani isu rasuah setempat.

Dalam pada itu, Razim berkata, mana-mana individu yang siasat dikehendaki memberikan kerjasama kepada SPRM sama ada melakukan kesalahan atau tidak.

“Siasatan dilakukan untuk mencari kebenaran disamping mengelak daripada menerima tohmahan dalam melakukan kesalahan ketika menjalankan siasatan.

“Dalam kes ini, ketua kampung diharap dapat melaksanakan amanah yang diberikan bagi kepentingan masyarakat.

“Jangan pula melakukan kesalahan disebabkan telah dibayar elaun untuk menjalankan tugas, kita tidak mahu peruntukan yang dislaurkan tidak sampai kepada kumpulan sasar,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya