Tular pergaduhan gara-gara berebut kawasan berniaga - Utusan Malaysia

Tular pergaduhan gara-gara berebut kawasan berniaga

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki memarahi seorang wanita disebabkan kawasan berniaga di Parit Raja, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Video seorang lelaki memarahi seorang wanita yang tular sejak semalam rupa-rupanya disebabkan berebut kawasan berniaga.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang mendakwa dimarahi oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang berniaga di kawasan Parit Raja.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja ketika pengadu bersama-sama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari kedai ke kedai lain pada pukul 11.45 malam, 25 Julai lalu.

“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama-sama tiga anaknya yang berusia antara 12 hingga 17 tahun.

“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajahannya sehingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, suspek berusia 37 tahun itu berjaya ditahan dan hasil siasatan mendapati dia juga peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya.

“Suspek juga didapati menjalankan perniagaan buah potong di kawasan Parit Raja hingga ke Kluang sejak dua tahun lalu, namun, tiada sebarang elemen jenayah dikesan dalam kejadian ini,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian tentang video yang ditularkan itu bagi memberi peluang kepada pihak polis meneruskan siasatan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya