PETALING JAYA: Sebanyak RM37.3 juta barangan kawalan dan bersubsidi yang cuba diseleweng dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun sejak 2020 hingga Mei lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, jumlah itu melibatkan barangan bersubsidi seperti minyak masak, tepung gandum, gula, petrol RON 95, diesel dan tong gas petroleum cecair (LPG). Katanya, pada 2020 pihaknya merampas…