Penolong pengarah maut diseret kereta sejauh 29 meter - Utusan Malaysia

Penolong pengarah maut diseret kereta sejauh 29 meter

KERETA Perodua Axia mengalami kerosakan selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kelantan semalam.-UTUSAN/ IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Seorang penolong pengarah yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan maut dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Nik Mohd. Hisham Mohamed Nor, 45, maut di lokasi selepas diseret sejauh 29 meter ke bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dari Sekolah  Kebangsaan (SK) Padang Kala menghala ke rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan dari arah Peringat ke Melor.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Axia dari arah belakang yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun melanggar mangsa yang sedang berjalan di bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa diseret sejauh 29 meter sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd.Rosdi memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu dan penumpang kereta tersebut mendapati kedua-duanya negatif dadah,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya