Pemuda panjat menara telekomunikasi untuk bunuh diri - Utusan Malaysia

Pemuda panjat menara telekomunikasi untuk bunuh diri

SEORANG lelaki yang juga pesakit mental berjaya dipujuk untuk turun dari sebuah menara pencawang telekomunikasi di Lorong Haji Sabtu, Kampung Bachang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas hampir lima jam berada di atas menara pencawang telekomunikasi untuk membunuh diri, seorang pemuda akhirnya berjaya dipujuk anggota bomba dalam kejadian di Lorong Haji Sabtu, Kampung Bachang di sini hari ini.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Misran berkata, lelaki berusia 34 tahun yang juga pesakit mental itu memanjat menara setinggi 45 meter berkenaan awal pagi tadi.

Beliau berkata, proses memujuknya selesai kira-kira pukul 1.40 tengah hari dan dia dipercayai berbuat demikian akibat pengaruh dadah.

“Kita menerima panggilan telefon berkenaan kes menyelamat cubaan bunuh diri pada pukul 8.12 pagi tadi. Seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Didapati benar ada seorang lelaki berumur 30-an berada di atas menara telekomunikasi itu dengan anggaran ketinggian 45 meter, dipercayai mengalami masalah mental. Bomba bertindak naik ke atas untuk memujuk dan menasihatkan mangsa agar turun dari menara.

“Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota bomba pada pukul 1.44 tengah hari. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mazlan, pasukannya mengambil masa hampir 45 minit memujuk lelaki berkenaan dengan penuh berhemah bagi memastikan dia tidak beremosi lantas melakukan perkara tidak diingini.

“Alhamdulillah, mangsa bersetuju untuk turun dan tidak melakukan perkara berbahaya seperti terjun ke bawah. Dia juga tidak mengalami sebarang kecedaraan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya