Pekerja kilang direman empat hari ugut bunuh ibu - Utusan Malaysia

Pekerja kilang direman empat hari ugut bunuh ibu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pekerja kilang yang menghunus pisau dan mengugut bunuh ibu dan tiga adiknya selepas dilarang menggunakan motosikal di Bandar Perdana, di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Aina Ahmad di Mahkamah Sungai Petani.

Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, suspek bertindak ganas selepas ibunya yang berumur 40 tahun enggan membenarkan dia menggunakan motosikal Honda C70 miliknya.

Sebelum itu, remaja terbabit yang bekerja di sebuah kilang di daerah ini telah keluar meninggalkan rumah selama tiga hari dan menggunakan motosikal terbabit tanpa kebenaran ibunya.

Selepas dimarahi ibunya dan tidak dibenarkan lagi menggunakan motosikal itu, lelaki terbabit mula mengamuk dan memegang sebilah pisau sambil mengugut untuk membunuh ibu dan tiga adiknya yang lain di rumah mereka.

Ibu lelaki itu kemudiannya menghubungi polis dan dia berjaya ditahan oleh dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) yang sedang melakukan tugasan di kawasan berhampiran.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap lelaki itu kemudiannya mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya