Menteri perjelas sebab perjanjian konsesi Bernas disambung  - Utusan Malaysia

Menteri perjelas sebab perjanjian konsesi Bernas disambung 

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan syarikat Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) menjadi pengeluaran tunggal beras adalah tepat  bagi membantu negara dalam keadaan stabil dan terkawal.

Menjelaskan keadaan itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, dalam hal ini, terdapat 10 obligasi yang perlu dipenuhi Bernas dalam membantu golongan pesawah dan petani. 

“Itu adalah keputusan tahun 2020 dan sekarang adalah lanjutan Bernas sebagai pengimport tunggal. 

“Keputusan kerajaan itu adalah keputusan yang tepat kerana Bernas dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan beras cukup dan sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

“Konsesi dengan Bernas bukanlah konsesi yang berat sebelah kerana Bernas diminta untuk memenuhi 10 obligasi antaranya adalah untuk membantu pesawah-pesawah,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat, semalam. 

Terdahulu, Anwar ketika mencelah  mempersoal tindakan kementerian yang menyambung perjanjian konsesi sehingga 10 tahun. 

Anwar ketika memberi soalan tambahan di Dewan Rakyat berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana bantuan perlu diberi secara terus kepada pesawah dan orang miskin, bukan melalui tauke besar seperti Bernas.UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN