KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang nahas dalam tragedi MH17, dimana semalam genap lapan tahun tragedi itu berlaku.
Perkara itu dinyatakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizah Harun dengan meminta ke semua ahli parlimen bangun dan membacakan Al-Fatihah dan bertafakur kepada mangsa dan anak-anak kapal pesawat berkenaan.
“Semalam telah genap lapan tahun tragedi malang yang menimpa mangsa MH17 syarikat penerbangan Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
“Saya dan semua ahli dewan rakyat sangat bersedih dengan insiden tersebut. Saya menzahirkan rasa simpati yang amat tidak terhingga kepada keluarga penumpang dan sahabat handai serta anak-anak kapal. Saya berdoa agar keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini.
”Saya bagi pihak ahli dewan rakyat dan pihak parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH17,” katanya. –UTUSAN ONLINE










