Neelofa, PU Rizz korban lembu 'sado' untuk rakyat Kelantan - Utusan Malaysia

Neelofa, PU Rizz korban lembu ‘sado’ untuk rakyat Kelantan

NOOR Neelofa Mohd. Noor (tiga kanan) melihat lembu sado sebelum disembelih pada Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kelantan hari ini. -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan selebriti terkenal tanah air Noor Neelofa Mohd. Noor dan suami Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Rizz mengorbankan dua ekor lembu baka import jenis  Charolais untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa turut menyumbangkan lima ekor lembu lagi untuk Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan akan turut menerima agihan daging itu.

Menurutnya, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.

“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.

Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.

“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.

“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” ujarnya.

PU Rizz berkata, pihaknya akan terus mempromosikan korban dalam negara kerana masih ramai yang memerlukan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya