KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Transaksi MyDebit Tertinggi (Sektor Kerajaan) sempena Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2022 di sini, hari ini.
Pengiktirafan itu adalah yang kelima diraih agensi berkenaan sejak transaksi MyDebit diperkenalkan dalam pengurusan kewangannya beberapa tahun lalu.
Pemilihan AIM dibuat atas kecemerlangannya dalam pengurusan kewangan tanpa tunai terutama segmen pembayaran balik pinjaman mikro kredit oleh sahabat usahawan.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Payments Network Malaysia (PayNet), Datuk Ahmad Hizzad kepada Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz. –UTUSAN ONLINE










