Merajuk dengan keluarga punca banyak kes individu hilang di Kelantan - Utusan Malaysia

Merajuk dengan keluarga punca banyak kes individu hilang di Kelantan

MUHAMMAD Zaki Harun (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota trafik pada majlis Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Merajuk dengan keluarga merupakan salah punca utama berlakunya kes orang hilang yang direkodkan di Kelantan setakat ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, maklumat tersebut hasil siasatan dilakukan ke atas kes-kes yang dikendalikan pihaknya.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 688 kes orang hilang direkodkan sejak tujuh tahun lalu dengan hampir kesemuanya dapat diselesaikan dan hanya dua kes sahaja masih dalam siasatan.

“Siasatan mendapati, kes melibatkan orang hilang melibatkan pelbagai peringkat umur iaitu bermula 18 hingga 60 tahun. 

“Ada kes yang dikesan berpunca daripada merajuk, kecewa dengan keluarga dan selebihnya hanya mereka yang tahu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, setiap kes kehilangan individu akan terus diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati, kebanyakan laporan kes orang hilang di Kelantan berlaku di Kota Bharu diikuti dengan Pasir Mas yang merupakan lokasi tumpuan di pusat bandar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya