Kartel ikan didakwa turut seludup pelacur

Kartel ikan didakwa turut seludup pelacur

pelacur
Kartel ikan turut dikaitkan dengan penyeludupan pelacur asing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segelintir bot ikan besar yang dikaitkan dengan kartel perikanan, bukan sahaja terlibat menyeludup diesel bersubsidi untuk dijual secara haram kepada nelayan asing, malah disyaki melakukan aktiviti menyeludup pelacur wanita dari Vietnam ke negara ini.

Sumber yang arif dalam bidang penguatkuasaan maritim mendedahkan kepada Utusan Malaysia, modus operandi bermula di peringkat pemain industri perikanan besar yang memiliki bot-bot laut dalam.

Katanya, mereka diberi subsidi diesel oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti perikanan, namun sebaliknya menjual diesel bersubsidi itu kepada nelayan asing.

Malah kata sumber, transaksi di atas lautan yang dilakukan secara tunai itu membabitkan matawang dolar AS, dolar Singapura serta bhat.

“Sepatutnya bot nelayan tempatan itu perlu mendaratkan ikan ke pelabuhan negara ini dalam kapasiti tertentu tetapi kita dapati, hasil ikan yang didaratkan itu tidak sama dengan jumlah diesel yang disubsidi dan diberikan oleh kerajaan.

“Sindiket penyeludupan diesel tempatan ini juga ada kaitan dengan bot besar yang disebut mothership, dari Vietnam dan Thailand,” katanya di sini, semalam.

Kata sumber lagi, pihak berkuasa turut mengesyaki sindiket terbabit turut menjalankan kegiatan menyeludup pelacur asing ke negara ini melalui jalan laut dengan menggunakan mothership dari Vietnam dan Thailand.

“Mothership yang kita jumpa di tengah lautan, yang datang dari Thailand dan Vietnam, di atas bot itu sudah macam hotel. Ada tempat rehat, ada hidangkan makanan, ia menjadi tempat istirehat di atas lautan.

“Bot terlibat juga dipercayai terlibat menyeludup pelacur-pelacur dari Vietnam untuk masuk ke negara ini,” katanya.

Akhbar ini semalam mendedahkan tentang kegiatan segelintir bot nelayan tempatan yang dipercayai menjalankan kegiatan menjual ikan di tengah laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN