Kaji semula RUU Kawalan Tembakau dan Merokok - Utusan Malaysia

Kaji semula RUU Kawalan Tembakau dan Merokok

Rizani Zakaria
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain industri vape menggesa kerajaan menyelidik semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang diluluskan oleh Kabinet supaya tidak ‘menyenarai hitamkan’ industri rokok elektronik.

Presiden Malaysia Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, kerajaan harus berpegang kepada keputusan yang dibuat oleh Kabinet pada 2015 iaitu tidak melarang industri vape tetapi hanya mengawal selia sahaja.

Menurutnya, RUU tersebut yang menyenaraikan vape untuk dilarang jual pada masa hadapan adalah bertentangan dengan keputusan yang dibuat pada tujuh tahun lalu.

“Kerajaan seharusnya mengambil kira potensi industri vape di Malaysia dan juga kesan kepada industri tempatan dengan polisi ini. Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak melarang industri vape pada tahun 2015 dan sebaliknya kawal selia akan diperkenalkan untuk industri vape tempatan.

“Pada masa itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa vape tidak akan dilarang kerana potensi industri vape tempatan di Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

RUU tersebut bertujuan untuk melarang dan pemilikan sebarang produk tembakau, termasuk rokok elektronik bagi mereka yang lahir selepas 2005 sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap produk tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli berkata, RUU tersebut secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan produk vape di pasaran gelap meningkat.

“Polisi ini ibarat menyamakan vape seperti dadah dan ini adalah mesej yang sangat salah. Ia juga secara tidak langsung akan menggalakkan pasaran gelap kerana pemintaan terhadap produk sangat tinggi tetapi tiada penawaran di pasaran sah.

“Pengguna akan mencuba pelbagai cara untuk mencari bekalan manakala pembekal iaitu penyeludup akan mencari jalan untuk menyediakan bekalan melalui pasaran gelap,” jelasnya.

Tambahnya, keputusan untuk menghentikan industri yang bernilai RM2.27 bilion pada masa akan datang itu akan menyebabkan 3,000 perniagaan tempatan terjejas dan memberikan mesej salah kepada pelabur asing.

“DPVM menyeru agar kerajaan mengkaji semula keputusan itu dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada industri vape,” rayunya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya