JAZRO, Evo Mall anjur Karnival Robotik - Utusan Malaysia

JAZRO, Evo Mall anjur Karnival Robotik

Ir Dzulfarqeish Zainuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Akademi Robotik JAZRO (JAZRO) menjalin kerjasama dengan Evo Mall untuk menganjurkan Karnival Robotik pada 16 dan 17 Julai ini.

Karnival Robotik adalah program kesedaran pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk kanak-kanak yang berumur antara tujuh dan 17 tahun, untuk memberi pendedahan tentang dunia teknologi berkaitan robotik.

Diadakan di dalam Kompleks Beli-belah Evo Mall, Bangi,  program dua hari itu menampilkan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada sesi perkongsian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), permainan, cabutan bertuah dan bengkel yang mengajar kanak-kanak membina robot. Masuk adalah percuma dan yuran untuk menyertai pertandingan hanya RM5 seorang.

Pengasas bersama JAZRO, Dzulfarqeish Zainuddin berkata, pihaknya ingin kanak-kanak dan ibu bapa tahu bahawa pembelajaran robotik boleh menjadi menyeronokkan.

“Mulakan pembelajaran pada usia muda dan pupuk minat mereka dari sana. JAZRO teruja untuk berada di Bangi kali ini, jadi penduduk-penduduk di bandar-bandar sekitar dapat peluang untuk belajar tentang robotik dalam suasana yang kondusif di Evo Mall,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall, Mohd. Fauzi Ibni Hajar berkata, Program Karnival Robotik adalah untuk memupuk kanak-kanak dan belia untuk mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam meneruskan kehidupan moden ini.

Pengunjung akan dapat melawat gerai-gerai pameran oleh Petrosains, Taman Realiti Maya (VR), Projek Mika, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Technolympics, untuk belajar tentang dunia digital dan teknologi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Program terbabit akan mengadakan pertandingan robotik dan pemenang-pemenang akan dapat membawa pulang hadiah menarik.

Sebanyak 45 cabutan bertuah turut disediakan untuk menceriakan orang ramai sepanjang dua hari acara berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya