Jabatan Penjara beri jaminan ambil tindakan tegas, serah kepada polis - Utusan Malaysia

Jabatan Penjara beri jaminan ambil tindakan tegas, serah kepada polis

IBRISAM Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada penghuni penjara yang memenangi pertandingan Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafaz al-Quran serta Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 di Penjara Kluang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jabatan Penjara akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang sekiranya terbukti berlaku kesalahan dalam kalangan anggotanya sehingga menyebabkan kematian seorang banduan di Penjara Kluang, 28 Jun lalu.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman menegaskan, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan tentang kes tersebut.

“Sekiranya pelanggaran prosedur berlaku, kita kenalah ikut undang-undang, tindakan mahkamah akan diambil dan yang paling rendah adalah tindakan tatatertib.

“Namun, selagi tidak dibuktikan perkara ini salah, kita tidak boleh ambil tindakan. Tunggu siasatan daripada pihak polis,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafaz al-Quran serta Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 di Penjara Kluang, dekat sini hari ini.

Justeru, beliau meminta masyarakat tidak membuat sebarang andaian berkenaan kes berkenaan dan menegaskan tidak timbul sebarang isu berkaitan layanan buruk terhadap banduan di negara ini.

Perkara tersebut tertakluk dengan Akta Penjara 1995 selain mengikut peraturan hak asasi manusia antarabangsa, katanya sambil memberi jaminan bahawa proses koreksional di institusi tersebut adalah selamat.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihaknya mengambil keterangan 12 individu terdiri daripada tiga ahli keluarga, lima banduan  serta empat kakitangan Penjara Kluang bagi membantu siasatan kes kematian Kim Shih Keat, 36, pada 28 Jun lalu.

Shih Keat dijadual dibebaskan dari penjara Kluang pada tarikh tersebut, namun, dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang namun, disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya