Ibu tunggal tidak sabar mahu duduki PPR Rantau setelah dua tahun menanti - Utusan Malaysia

Ibu tunggal tidak sabar mahu duduki PPR Rantau setelah dua tahun menanti

PEMBELI PPR Rantau Taman Baiduri di Rantau, Seremban gembira selepas mereka bakal memperoleh kunci rumah masing-masing tidak lama lagi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal antara 90 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rantau, Taman Baiduri yang menzahirkan rasa gembira apabila mereka bakal menerima kunci rumah mereka itu tidak lama lagi.

Nur Jamuna Abdullah, 52, berkata, dia sangat gembira apabila mengetahui kediaman tersebut dijangka dapat diduduki awal tahun hadapan selepas dia kini hanya menumpang di rumah kakaknya di Bandar Seremban Selatan.

Menurutnya, bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan tentu menyukarkannya untuk membeli rumah baharu yang rata-ratanya kini bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kalau boleh memang mahu duduki lebih cepat kerana anak-anak saya juga kini sudah semakin dewasa.

“Lokasi PPR Rantau Taman Baiduri ini juga berhampiran dengan kampung saya di Kampung Sega, tentunya saya tidak sabar menduduki rumah sendiri ini nanti” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penantian kira-kira 90 pembeli projek perumahan tersebut bakal berakhir selepas isu membabitkan projek yang telah siap pada tahun 2019 itu berjaya diselesaikan.

Ia selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun lalu telah bersetuju bahawa projek berkenaan akan ditawarkan kepada pembeli melalui kaedah sewa beli (rent to own) dan bukan hanya untuk disewa.

Jelasnya, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada beliau baru-baru ini.

“Projek PPR Rantau ini telah lama siap iaitu pada 2019 dan telah dibuat pengundian kepada mereka yang memohon namun penerimanya masih tidak diberi kunci. Sudah lama tersangkut dan projek ini menerusi dasar baharu hendak dibuat sewaan sahaja.

“Kerajaan negeri kata begini, pihak kementerian pul kata begini dan terdapat percangahan dan perbalahan. Ketika tiada persetujuan di antara kedua belah pihak, saya mencelah dan mengatakan bahawa asas untuk membina PPR ini adalah untuk sewa dan beli.

“Akhirnya Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 22 Jun lalu telah putuskan bahawa konsep yang dicadangkan bahawa sewa dan beli telah diluluskan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas beliau bertemu dengan para pembeli projek perumahan tersebut di Rantau di sini, semalam.

Projek Taman Baiduri, PPR Rantau dibina sebanyak 100 unit rumah di atas tanah kerajaan negeri dengan keluasan enam hektar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, pusat komuniti, tadika, gelanggang futsal, taman permainan dan gerai.

Pembangunan taman perumahan tersebut adalah kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana kerajaan negeri menyediakan tanah sementara pembangunan projek dilaksanakan oleh KPKT.

Harga seunit rumah PPR Rantau ini, dijual dengan kadar RM35,000, berbanding harga sebenarnya RM150,000 dengan kerajaan telah memberi subsidi lebih RM100,000 bagi setiap unit. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya