Gaduh dan tunjuk gari mainan: Pesara polis ditahan - Utusan Malaysia

Gaduh dan tunjuk gari mainan: Pesara polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pesara polis ditangkap susulan kejadian kejadian dua pemandu kenderaan bertengkar di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pedas di sini petang kelmarin dengan salah seorang daripada mereka turut didakwa mengeluarkan gari.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditangkap di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau ketika hadir memberikan keterangan kira-kira pukul 7 petang hari yang sama.

Menurutnya, dalam tangkapan itu, turut dirampas sepasang gari mainan plastik berwarna kelabu tertulis Made In China.

“Berdasarkan pengakuan awal, lelaki tersebut mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Lelaki tersebut kini dibebaskan dengan jaminan polis setelah memberikan kenyataan,” katanya hari ini.

Hazri semalam memaklumkan, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat selepas lelaki terbabit bimbang dengan keselamatan dirinya susulan pergaduhan mulut dengan seorang lelaki yang turut mengeluarkan satu gari berwarna perak. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya