Belia Prihatin menyambut baik usaha kerajaan laksana subsidi bersasar - Utusan Malaysia

Belia Prihatin menyambut baik usaha kerajaan laksana subsidi bersasar

POPULASI belia berumur antara 15 hingga 30 tahun di negara ini adalah seramai 9.07 juta orang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung pertimbangan positif kerajaan dalam melaksanakan subsidi bersasar.

Menurut Ketua Penerangan Kelab Belia Prihatin Malaysia, Rijjal Rozman, manfaat itu akan akan dirasai banyak pihak khususnya golongan bersasar.

“Belia Prihatin konsisten semenjak awal dengan pandangan bahawa Malaysia perlu melaksanakan kaedah subsidi bersasar supaya capaian manfaat yang lebih tinggi dapat dirasai oleh golongan sasar selain daripada kadar penjimatan kepada tabung kewangan negara seperti yang telah dinyatakan oleh Presiden Kelab Belia Prihatin Malaysia ketika bermulanya krisis inflasi di negara kita awal bulan lalu.

“Belia Prihatin percaya dasar ini dapat dilaksana dan diselaraskan melalui satu pangkalan data berpusat yang menggabungkan semua agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat-pusat Zakat Negeri dan lain-lain agensi membasmi kemiskinan untuk mengenal pasti golongan sasar yang benar-benar terkesan dan memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam persidangan Dewan Rakyat berkata, kerajaan sedang mencari mekanisme paling sesuai dalam merangka subsidi bersasar demi untuk rakyat yang berhak menerimanya sekali gus mengelak tiada ketirisan dan golongan itu yang tertinggal.

Jelasnya, mekanisme itu memerlukan perincian dan bukan sesuatu yang mudah untuk ditentukan.

Sebelum ini juga, Presiden Kelab Belia Prihatin, Luqman Hakim Md. Zim dilaporkan berkata, subsidi bersasar perlu dikaji semula bagi mengurangkan beban rakyat.

“Saya berpandangan pasukan Jihad itu perlu mengkaji semula pelaksanaan dan peruntukan subsidi rawak seperti yang kerajaan berikan terhadap petrol…selain dapat jimatkan perbelanjaan kerajaan, ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat di negara ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN