20 pusat hiburan diserbu, 3 tokan dadah ditahan - Utusan Malaysia

20 pusat hiburan diserbu, 3 tokan dadah ditahan

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing dipercayai tokan dadah dalam serbuan melibatkan 20 pusat hiburan sekitar ibu kota bermula Khamis hingga Sabtu lalu.

Serbuan yang dilakukan sepanjang tiga hari itu dijalankan bermula pukul 11 malam sehingga 5 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur (JIPS KL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh Kuala Lumpur.

“Tiga lelaki dipercayai pembekal dadah terdiri daripada seorang individu warga tempatan, seorang warga Iran dan seorang lagi merupakan warga Bangladesh berjaya diberkas dalam serbuan itu.

“Selain itu, 918 individu diperiksa manakala 180 individu turut ditahan di bawah pelbagai kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Azmi, pelbagai jenis dadah turut dirampas, antaranya jenis kokain, serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), ekstasi dan erimin 5.

“Selain itu, tiga saman di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan dikeluarkan atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“Tangkapan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya