Tilawah: Doa ibu bapa jadi kekuatan Miza Faihanah - Utusan Malaysia

Tilawah: Doa ibu bapa jadi kekuatan Miza Faihanah

PASANGAN adik beradik dari Sabah Dian Karisma binti Mohd Japar (kiri) dan Miza Karisma mengulangkaji Al quran sebelum menaiki pentas bagi memperdengarkan bacaan Al quran bagi kategori hafazan Sempena Tilawah dan Hafazan Al quran Peringkat Kebangsaan di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru disini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Titipan doa serta sokongan kuat oleh kedua ibu bapa menjadi kekuatan buat Miza faihanah Mohd. Japar, 23, dan adiknya, Dian Karisma, 17, untuk menyertai kategori hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/ 2022M.

Dian mengakui gugup ketika pengujian hafazan di depan khalayak biarpun bukan pertama kali menyertainya, setelah menyertai pada 2019.

“Bagi mengatasi perasan gemuruh itu, saya sentiasa pegang pesanan ibu bapa untuk lebih cekal melakukan sesuatu yang saya minat iaitu menghafaz al-Quran. 

“Pada pengujian hafazan pagi tadi, walaupun ada sedikit kesalahan bacaan namun dapat diperbetulkan semula. Saya lega bahagian saya sudah selesai dan melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu mula menghafal al-Quran sejak usia sembilan tahun akui hampir berputus asa kerana memerlukan disiplin tinggi untuk memastikan setiap juzuk tersebut segar dalam ingatan.

Sementara itu, Miza Faihanah teruja dan tidak sabar menunggu gilirannya yang akan berlangsung pada Khamis ini.

Menurut penuntut Jurusan Tahfiz al-Quran dan Qiraat di Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, Papar, mengambil masa tiga tahun untuk khatam menghafaz al-Quran.

“Sepatutnya, saya ingin mewakili Sabah ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2019 namun terpaksa batalkan hasrat kerana beri tumpuan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.

“Persiapan untuk pertandingan ini sedikit terganggu disebabkan kekangan masa kerana sedang sambung belajar namun sempat mencuri masa untuk bertasmik dua juzuk setiap hari. 

“Mendampingi al-Quran berjaya mengubah dirinya menjadi lebih baik dari pelbagai aspek, rezeki bertambah dan kehidupan seharian terasa dipermudahkan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya