Tahanan cuba bunuh diri, meninggal dunia ketika dirawat - Utusan Malaysia

Tahanan cuba bunuh diri, meninggal dunia ketika dirawat

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang cuba menggantung diri ketika ditahan di Lokap Berpusat Shah Alam, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 39 tahun disabit sebagai orang kena tahan (OKT) dihantar ke Hospital Shah Alam selepas anggota polis menyelamatkannya daripada cubaan membunuh diri pada 15 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam oleh pegawai perubatan.

“Punca kematian belum diketahui. Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, OKT sebelum ini ditahan polis pada 20 April lalu bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 31(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK). –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya