Sesak lima jam treler balak terbalik - Utusan Malaysia

Sesak lima jam treler balak terbalik

JALAN Gua Musang-Kuala Krai sesak lebih jam selepas treler balak terbalik di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini sesak teruk di kedua-dua arah lebih lima jam selepas treler membawa muatan kayu balak terbalik dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, laluan di dua-dua arah mengalami kesesakan sehingga lima kilometer akibat kayu balak yang jatuh bergelimpangan menghalang laluan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu treler jenis Mercedes Benz, Proton Wira, Perodua Alza dan Proton Exora.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang yang terbabas ke kanan jalan lalu melanggar treler jenis Mercedes Benz di laluan bertentangan.

“Pada masa sama, dua kereta Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang jatuh di tengah jalan.

“Susulan kejadian itu, berlaku kesesakan teruk di kedua-dua arah lebih lima jam apabila lebih 10 batang kayu balak menghalang laluan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan kren untuk mengangkat kayu balak dan kerja selesai pada pukul 12 tengah malam. 

Katanya, tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam kemalangan itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya