PETALING JAYA: Pemain berdarah kacukan yang berkelana di luar negara dan berhasrat menyarung jersi Harimau Malaya perlu mencapai standard dimahukan dalam skuad kebangsaan. Perkembangan ini dinyatakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak kemungkinan mendapatkan khidmat pemain warisan lagi untuk diserap ke dalam skuad Harimau Malaya. Beberapa pemain warisan dilihat menyerlah ketika beraksi bersama Harimau Malaya sehingga layak secara merit beraksi di Piala Asia 2023…