PETALING JAYA: Demi kepuasan, golongan ‘mat rempit’ sanggup mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk dijadikan pertaruhan semasa berentap di lebuh raya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang mat rempit mendedahkan, duit taruhan itu adalah hasil pendapatan bulanan mereka yang dikumpul untuk memburu ganjaran berlipat ganda. Menurutnya, hanya perlumbaan melibatkan bengkel sahaja ditaja sepenuhnya dan wang kemenangan akan dibahagi mengikut peratus dipersetujui oleh pelumba dan pemilik bengkel. “Kalau mat rempit yang berlumba sendiri,…