PETALING JAYA: Banyak pihak mencadangkan agar satu audit forensik dilakukan oleh entiti bebas terhadap mekanisme pemilihan jawatan dalam PKR supaya ia dilihat bebas daripada campur tangan pihak berkepentingan. Bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador berkata, beliau boleh menerima kekalahan jawatan Naib Presiden sekiranya segala kesangsian dan keraguan terhadap pemilihan parti yang didakwa tercemar dapat diatasi. Malah, beliau berkata, calon-calon lain boleh berlapang dada menerima keputusan itu sebagai sesuatu yang…