IPOH: Persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan membina kekuatan dan persefahaman dalam parti komponennya merupakan fokus utama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, konvensyen sempena sambutan ulang tahun gabungan parti itu ke-48 akan dihadiri parti komponen yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS dan parti gabungan lain…