Persatuan Pandu Puteri tumpu pemerkasaan suara golongan wanita - Utusan Malaysia

Persatuan Pandu Puteri tumpu pemerkasaan suara golongan wanita

Muhaini Zainal Abidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemerkasaan suara golongan wanita dan remaja perempuan harus diberi tumpuan, agar kumpulan itu dapat bersama-sama memacu negara dan membuat perubahan positif.

Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin berkata, dalam konteks Persatuan Pandu Puteri Malaysia, pihaknya turut menggesa agar ahli mereka diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan.

“Dalam konteks ini, saya menyatakan bahawa semua remaja perempuan dan wanita muda serta sesiapa yang bergelar Pandu Puteri, hendaklah diberikan hak dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat untuk membawa perubahan kepada dunia di mana mereka berada.

“Bukan itu sahaja, pemikiran dan suara wanita bagi merancang masa hadapan ke arah kesejahteraan bumi wajar disokong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia kali ke 57.

Menjelas lanjut, Muhaini berkata antara pencapaian yang diraih persatuan itu, termasuk beberapa program berimpak tinggi.

“Ini termasuk Girls Summit anjuran Majlis Pandu Puteri Renjer Kebangsaan pada 14 hingga 16 September 2021 melibatkan 497 orang peserta.

“Selain itu, ialah program Program Wave Makers National Advocacy Plan dan National Community Action Plan #BeDrasticSayNoToPlastics yang berlangsung dari akhir bulan Februari sehingga 31 Disember 2021, yang terkandung pelbagai aktiviti bermatlamat mengurangkan penggunaan plastik sekali guna,” katanya.

Malah, katanya persatuan itu juga akan bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), dalam program Penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman satu juta pokok di seluruh negara oleh ahli-ahlinya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN