Lima beranak bimbang rumah akan runtuh akibat hakisan - Utusan Malaysia

Lima beranak bimbang rumah akan runtuh akibat hakisan

ISMAIL Ibrahim melihat bangsal mengaji yang runtuh di belakang rumahnya di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan. -UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Lima beranak dari Kampung Kok Keli, di sini, diselebungi kebimbangan setiap kali hujan kerana memikirkan kesan retakan simen di belakang rumahnya yang semakin merebak selepas bangsal mengaji Al-Quran milik mereka runtuh akibat hakisan tanah sejak Selasa lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ismail Ibrahim 38, berkata, setiap kali hujan kesan retak semakin merebak dan ia boleh dilihat pada bahagian tiang dan dinding belakang rumah.

Menurutnya, bagi mengurangkan kesan retakan itu terus merebak dia terpaksa memasang kanvas sebagai langkah pencegahan.

“Pada masa sama saya isteri, Wan Effanie Wan Mohamad, 36, dan tiga anak berusia antara lapan hingga 17 tahun terpaksa lebih berwaspada terutama pada waktu malam.

“Adakalanya, kami terpaksa tidur-tidur ayam kerana bimbangkan keselamatan selain mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Ismail yang merupakan peniaga ikan memberitahu, kembimbangan keluarganya sedikit reda apabila pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sudah turun padang untuk membuat pemantauan di kawasan rumahnya.

Katanya, JPS sudah mengukur jarak tempat berlaku runtuhan dan retakan yang berlaku di bekalang rumah.

“Saya berharap pihak tersebut dapat membina benteng di kawasan ini. Hal Ini kerana benteng asal saya yang bina sendiri itu menelan belanja RM30,000 dan usianya sudah setahun lebih.

“Dalam situasi semasa ekonomi ketika ini, agar sukar untuk saya mengumpul wang bagi berbuat demikian sekali lagi,” ujarnya.

Dalam kejadian Selasa lalu, bangsal Al-Quran milik peniaga ikan itu runtuh akibat hakisan sehingga bahagian belakang rumah mengalami retakan kuat. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN