Lelaki menyamar pegawai tentera dicekup polis - Utusan Malaysia

Lelaki menyamar pegawai tentera dicekup polis

ANTARA barangan yang dirampas dalam tangkapan membabitkan seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, semalam.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki yang licik menyamar sebagai pegawai tentera sejak lebih tiga tahun lalu berjaya ditangkap polis dalam serbuan di sebuah rumah di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, lelaki berusia 27 tahun yang merupakan individu dikehendaki telah ditangkap kira-kira pukul 5.50 petang.

Menurutnya, turut dirampas dalam tangkapan ke atas lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ialah baju seragam lengkap tentera beserta aksesori tentera termasuk pistol tiruan beserta sarung dan satu beg berlogo polis mengandungi gari.

“Hasil siasatan awal, suspek mengakui terlibat dalam kes menyamar pegawai tentera ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anuwal berkata, tangkapan tersebut dibuat susulan satu kes yang berlaku pada 8 Disember 2018 di Kem Batalion Kedua, Rejimen 508, Askar Wataniah, Kem Tampin.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai pegawai tentera berpakaian seragam pasukan Gerak Khas berpangkat Kolonel, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan kompeni Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah. 

“Bagaimanapun, sebaik diminta kad identiti tentera, suspek gagal menunjukkan sebarang identiti sebagai pegawai tentera. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.