Kerajaan perlu pastikan hanya ejen sah urus pekerja asing - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu pastikan hanya ejen sah urus pekerja asing

SUKUMARAN NAIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menggesa kerajaan menyiasat tindakan ejen pengambilan pekerja asing luar negara yang cuba menjanjikan kepada majikan di negara ini untuk mendapatkan kelulusan permohonan tenaga kerja lebih cepat, di luar kebiasaan prosedur biasa kerajaan. 

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, ahli persatuan itu mendakwa, pelanggan mereka ‘dicuri’ oleh ejen asing itu tanpa melalui sistem permohonan FWCMS yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia. 

Justeru, katanya, kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ejen pengambilan pekerja asing berdaftar di negara ini dan bukannya oleh ejen pengambilan asing yang tidak mempunyai lesen atau kuasa untuk terlibat dengan pengambilan pekerja asing di Malaysia. 

“Jika kita tidak boleh menjalankan perkhidmatan bagi pengambilan pekerja asing di mana-mana negara luar, bagaimana ejen pengambilan pekerja asing ini boleh ‘berniaga’ di Malaysia.

“Apatah lagi mengambil pelanggan sah dari ejen tanpa kelulusan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini yang menjelaskan proses pengambilan pekerja asing membabitkan tiga negara iaitu Indonesia, Bangladesh dan Kemboja akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, ketika ini kementerian berada pada proses terakhir membabitkan prosedur pengambilan, proses teknikal dan pemeteraian memorandum dengan ketiga-tiga negara itu.

Terbaru, Saravanan ke Dhaka, Bangladesh bagi membincangkan perkara berkenaan dengan rakan sejawatan dan Perdana Menteri negara itu awal bulan ini.

Pada masa sama, PAPSMA mengalu-alukan mengalu-alukan langkah Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia untuk mengesahkan dokumen untuk ejen pengambilan pekerja asing  Bangladesh yang menganggotai Persatuan Ejen Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (BAIRA). –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN