HFMD makin turun di kedah - Utusan Malaysia

HFMD makin turun di kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kedah terus menunjukkan trend penurunan dengan hanya 531 kes baharu dicatatkan pada minggu epidemiologi ke-24 (ME24) iaitu antara 12 hingga 18 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 171 kes atau 24.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, semua kes yang dilaporkan itu hanya menunjukkan tanda gejala ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

“Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif. Selain itu, dalam minggu ke-24 ini, terdapat satu wabak baharu HFMD dilaporkan melibatkan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska).

“Taska berkenaan diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Hayati, secara keseluruhannya, kes HFMD di Kedah setakat 18 Jun lalu adalah sebanyak 5,425 kes.

“Berbanding fasa sebelum pandemik iaitu pada tempoh sama 2019, Kedah secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan sebanyak 4,605 kes atau 561.6 peratus.

“Daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 1,337 kes diikuti Kulim sebanyak 806 kes, Kubag Pasu 797 kes dan Kota Setar 537 kes,” katanya.

Beliau menambah, sejak awal tahun lalu sebanyak 51 wabak HFMD dilaporkan di negeri ini dengan 50 daripadanya atau 98 peratus berlaku di pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan pra sekolah.

“Sebanyak 49 premis telah diarahkan tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan mencegah jangkitan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN