PETALING JAYA: Sikap majikan mengamalkan diskriminasi jantina menyebabkan jurang ketara antara pekerja lelaki dan wanita meningkat 39 peratus meskipun golongan hawa paling banyak mendominasi bilangan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini setiap tahun. Perangkaan semasa menunjukkan 5.83 juta wanita bekerja dalam sektor pekerjaan berbanding 9.13 juta lelaki. Setipa tahun tahun lebih 190,000 graduan wanita atau 52 peratus menamatkan pengajian di IPT dengan menggenggam ijazah dan diploma berbanding graduan…










