Dua lelaki dicekup seleweng diesel - Utusan Malaysia

Dua lelaki dicekup seleweng diesel

MINYAK diesel yang dirampas dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah premis dekat Tanjong Sepat, di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan dua lelaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi tumpas apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah premis tidak bernombor di Tanjong Sepat di sini.

Kedua-dua warga tempatan berusia 27 dan 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, kira-kira pukul 2.30 pagi.                                  

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, pihaknya menerima serahan melibatkan rampasan keseluruhan berjumlah RM45,475 kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Minyak diesel yang dirampas 12,000 liter, 4,500 dan 480 termasuk sebuah lori. Dua lelaki yang disiasat bagi kes itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Kes rampasan itu diperoleh menerusi hasil laporan dan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Siasatan lanjut mengenainya masih sedang dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya