‘Bukan berhenti tegak keadilan'

‘Bukan berhenti tegak keadilan’

KELUARGA Allahyarham Adib tidak berhasrat meneruskan rayuan komital terhadap Tommy Thomas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim menegaskan penarikan balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bukan bererti mereka berhenti mengharapkan keadilan atas kematiannya.

Bapanya, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 66, berkata, keluarganya sudah cukup tertekan dengan kes tersebut yang sudah berlanjutan sehingga empat tahun dan seakan tiada penghujungnya.

“Beliau (Tommy) berada dalam bidang profesional dan tidak patut dimaafkan begitu sahaja namun kami tidak mahu peningkan kepala lagi fikirkan kes beliau. Kita banyak buat saman itu ini tetapi satu pun tidak ada bekas atau kesan untuk Tommy.

“Tommy ini masalah sampingan keluarga kami kalau nak ikutkan kita nak hukum dia kerana bahasa yang kurang memuaskan. Penjenayah yang menyebabkan kematian anak kami perlu dihukum, itu matlamat kami,” katanya di sini semalam.

Semalam keluarga Allahyarham Muhammad Adib tidak berhasrat meneruskan rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan menghina mahkamah.

Sementara itu menurut ibu Allahyarham, Asma Aziz, 54, keluarga sentiasa berharap kematian tragis itu akan terbela apabila penjenayah terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Dengan nada sedih dan sebak, wanita itu memberitahu, dia dan suaminya kini hidup tertekan dengan pelbagai pandangan serong masyarakat terutama selepas berita mengenai pampasan bernilai RM1.5 juta tersebar.

“Macam-macam orang tuduh kami, ada yang telefon dan cakap macam-macam. Mereka kata sebab kami sudah dapat duit jadi keadilan untuk arwah diabaikan.

“Sesungguhnya kalau mereka berada di tempat kami, mereka akan faham betapa sedih dan kecewanya kami dengan kematian arwah. Kesedihan dan kekecewaan itu tak akan berakhir walaupun dengan wang yang banyak itu,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN