88.09 peratus calon SPM 2021 layak dapat sijil - Utusan Malaysia

88.09 peratus calon SPM 2021 layak dapat sijil

NOOR Zamani Abdol Hamid dalam sidang akhbar pengumuman SPM 2021 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 336,630 calon meliputi 88.09 peratus layak menerima sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan mulai tahun 2013, calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau berkata, sejumlah 211,334 calon pula (55.29 peratus) lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki.

Bagaimanapun, menurut beliau, sejumlah 1,655 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 gagal dalam semua pelajaran meliputi 0.43 peratus daripada 382,156 calon menduduki peperiksaan itu.

“Seramai 1,411 orang Calon Berkeperluan Khas (CBK) telah menduduki SPM 2021. Daripada Jumlah tersebut sebanyak 69.1 peratus calon ini layak menerima sijil SPM 2021,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN