15,000 biji durian tembaga murah di Seremban - Utusan Malaysia

15,000 biji durian tembaga murah di Seremban

SEORANG pekerja memilih durian tembaga untuk dijual kepada orang ramai di kedai buah milik Syed Sahidan Syed Zainol Abdin di Kampung Sentosa dekat Paroi, Seremban.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 15,000 biji durian tembaga ditawarkan pada harga rendah dan menanti orang ramai di sebuah kedai menjual buah di Kampung Sentosa dekat Paroi di sini.

Durian import dari Thailand itu ditawarkan pada harga RM9.90 sekilogram, lebih rendah melebihi sekali ganda daripada yang dijual di pasaran.

Pengusaha kedai, Syed Sahidan Syed Zainol Abdin, 48, berkata, orang ramai mula membanjiri kedainya sejak pertengahan bulan Ramadan lalu apabila tular di media sosial kedainya menjual durian pada harga murah.

“Sejak itu, ramai yang datang termasuk dari Johor, Kuala Lumpur dan Pahang malah kami pernah menerima pelanggan dari Brunei.

“Kini tinggal kira-kira 30 tan durian atau kira-kira 15,000 biji untuk dihabiskan,” katanya kepada ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya para pelanggan tidak putus-putus mengunjungi kedainya yang dibuka setiap hari mulai pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Ketika ditanya mengapa kedai beliau menjual durian pada harga paling murah di pasaran, Syed Sahidan memberitahu, beliau ingin berkongsi rezeki dengan orang ramai ketika raja buah itu kini dijual semakin mahal.

Beliau memberitahu, harga jualan sebanyak RM9.90 hanya cukup untuk mendapatkan semula modal mengimport durian dan membayar gaji seramai 20 orang pekerja.

“Saya sebenarnya puas dan suka melihat orang ramai dapat makan durian terutamanya dalam kalangan yang berpendapatan rendah,” ujarnya.

Jelasnya, tindakannya menjual durian pada harga murah didorong oleh pengalamannya sendiri ketika berusia 10 tahun semasa ayahnya membeli durian untuk keluarga mereka.

“Ayah beli lima biji durian. Malangnya semua buah itu tidak boleh dimakan kerana berulat dan sudah busuk.

“Kenangan pahit itu membangkitkan kesedaran saya untuk menjual buah-buahan dengan cara yang bertanggungjawab,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya