HANOI: Kejayaan menemui kembali sentuhan penyudah dalam temasya Sukan SEA Vietnam menjadi pembakar semangat buat Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk terus meledak gol. Keyakinan itu disuarakan pemain kelab Jepun, Azul Claro yang menjaringkan dua gol ketika skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara diikat Kemboja 2-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B. Jelas Fayyadh, dalam bola sepak tiada istilah ‘pilih lawan’ kerana apabila layak ke peringkat empat terbaik pasukan negara perlu bersedia…