PSG tawar RM21.95 juta sebulan kepada Mbappe

PSG tawar RM21.95 juta sebulan kepada Mbappe

PSG membuat percubaan terakhir mereka untuk mengikat Kylian Mbappe dengan kontrak baharu yang memecah rekod yang akan menjadikan pemain itu menerima bayaran tertinggi dalam sejarah bola sepak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) membuat percubaan terakhir mereka untuk mengikat Kylian Mbappe dengan kontrak baharu yang memecah rekod yang akan menjadikan pemain itu menerima bayaran tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Juara Perancis itu dilaporkan telah menawarkan pemain berumur 23 tahun dengan bayaran £4 juta (RM21.95 juta) sebulan, yang akan menggandakan gajinya sebelum ini.

Lanjutan kontrak itu akan termasuk bonus sehingga £100 juta (RM 548 juta) dan termasuk konsesi ke atas hak imej serta bonus untuk gol, penghormatan Ballon d’Or, dan kejayaan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, bintang Perancis itu masih dijangka akan mengumumkan perpindahan impiannya ke Real Madrid dalam beberapa hari akan datang seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.

Walaupun tawaran dramatik telah dibuat untuk mengekalkan Mbappe di kelab itu, PSG sedar bahawa dia (Mbappe) masih berkemungkinan akan menerima tawaran jauh lebih rendah untuk menyertai pasukan Carlo Ancelotti di Madrid.

Real Madrid dilaporkan menawarkan perjanjian bernilai £180 juta (RM 987 juta) untuk penyerang itu pada musim panas lalu, tetapi pengarah sukan PSG Leonardo Araújo menegaskan, perjanjian itu berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan, tawaran itu adalah rasmi dan ditetapkan untuk dibayar dalam dua ansuran yang sama dan penyerang itu kini boleh meninggalkan PSG secara percuma pada musim panas ini, dan dijangka membuat keputusan mengenai langkah seterusnya tidak lama lagi. – AGENSI – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN