PR1MA sasar pembinaan rumah IBS di Perlis - Utusan Malaysia

PR1MA sasar pembinaan rumah IBS di Perlis

FATHUL Bari Mat Jahya beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di Dewan 2020, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang menjalinkan kerjasama dengan SANY Corporation Malaysia (SANY) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menyasar membina rumah di Perlis menggunakan  teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, pada masa ini, pembinaan rumah tersebut di negeri ini masih dalam peringkat perbincangan, namun, beberapa kawasan sudah dikenal pasti.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti itu adalah seperti di Padang Besar, Kangar dan Arau.

“Kerjasama dengan SANY Corporation yang merupakan sebuah syarikat berpangkalan di China, bakal memberi manfaat memandangkan syarikat berkenaan mempunyai kepakaran dalam teknologi IBS.

“Apabila SANY Corporation menjadi rakan strategik PR1MA, kita akan menawarkan kepada kontraktor-kontraktor untuk memanfaatkan teknologi IBS ini.

“Teknologi berkenaan lebih mengurangkan kos dengan kualiti tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PR1MA di Dewan 2020 di sini, semalam.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, Unimap dipilih bagi kolaborasi berkenaan berikutan universiti tersebut mempunyai pendidikan teras dalam bidang kejuruteraan.

Katanya, kerjasama PR1MA dengan Unimap juga bagi melahirkan lebih banyak graduan mahir dalam sektor pembinaan selain meningkatkan tahap kemahiran.

Ujarnya, SANY Corporation akan menawarkan teknologi berkaitan IBS kepada pelajar Unimap selain menyediakan peluang pekerjaan dan praktikal bagi projek mereka di luar negara.

“Jadi, menerusi kerjasama ini ketiga-tiga pihak akan mendapat manfaat masing-masing iaitu PR1MA dapat siapkan rumah untuk rakyat, SANY Corporation berkongsi teknologi dengan Unimap dan penuntut universiti itu juga mendapat berpeluang pekerjaan atau praktikal,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya