Perak FC dijual harga RM1

Perak FC dibeli harga RM1

Abdul Azim Mohd. Zabidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah tunggakan gaji pemain dan bebanan kewangan yang menghimpit Perak FC hingga menjejaskan peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akhirnya selesai selepas diambil alih XOX Pro Sport Sdn dengan harga RM1.

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, XOX Pro Sport Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat XOX Berhad, memeterai perjanjian dengan Impact Media & Communication Sdn. Bhd. bagi pengambilalihan 100 peratus pegangan ekuiti dalam kelab bola sepak Perak FC Sdn. Bhd. pada harga RM1.

Ujarnya , pembelian Perak FC pada harga RM1 adalah berdasarkan persetujuan bersama selepas mengambil kira kerugian mereka selepas cukai, tunggakan hutang dan kesukaran untuk beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

“XOX melihat cadangan pengambilalihan itu sebagai antara peluang untuk meluaskan ekosistemnya di dalam bola sepak.

“Kumpulan XOX bagaimanapun tidak akan menanggung sebarang liabiliti termasuk liabiliti luar jangka yang timbul daripada cadangan pengambilalihan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Abdul Azim yang juga anak jati kelahiran Batu Gajah, Perak memaklumkan cadangan pengambilalihan Perak FC itu dijangka selesai dalam tempoh 24 bulan.

Terdahulu Perak FC telah dua kali dikenakan hukuman pemotongan sembilan mata atas kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Untuk rekod, 21 April lalu badan bebas First Instance Body (FIB) memberi talian hayat dengan meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pengurusan kelab itu menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.

Talian hayat diberikan FIB nyata melegakan Perak FC dan selang sembilan hari kemudian telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan XOX dengan disaksikan CEO Liga Bola Sepak Malaysia, Stuart Ramalingam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN