Penduduk gempar jumpa harimau di Paka - Utusan Malaysia

Penduduk gempar jumpa harimau di Paka

TANGKAP layar video tular yang memaparkan harimau belang betina berkeliaran di kawasan bukit di hulu Paka, Dungun beberapa hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Penduduk di kawasan hulu Paka di sini gempar dengan kemunculan seekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan bukit, beberapa hari lalu. 

Kelibat harimau belang itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook. 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan terbaharu haiwan liar itu, kelmarin dan sejak Mac lalu, sebanyak dua perangkap sudah dipasang di kawasan berhampiran.

“Berdasarkan video tular, berkemungkinan itu harimau belang betina dewasa yang seberat kira-kira 100 kilogram,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Sehubungan itu, Kean Seong meminta orang ramai yang melihat kemunculan haiwan liar itu agar terus menghubungi pihak Perhilitan bagi membolehkan tindakan pantas diambil. 

Terdahulu, video berdurasi 43 saat yang memaparkan harimau belang berkeliaran di kawasan bukit tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN