HANOI: Sekiranya rekod di atas kertas menjadi ukuran, nampaknya ia tidak memihak kepada skuad Bawah 23 tahun (B-23) kerana pernah tewas dua kali di peringkat separuh akhir kepada Vietnam iaitu pada 2013 di Hanoi dan 2005 di Manila. Bagaimanapun, Malaysia ketika dibimbing Datuk K. Rajagobal juga pernah mengecewakan skuad muda Naga Emas itu di pentas final apabila menang 1-0 di pada edisi 2009 di Laos untuk mengakhiri kemarau 20 tahun…











